Sunday 14 February 2010

Seronok

Assalamualaikum wbt...

          Hari ini Ahad,sepatutnya hari untuk ibu dan zameer keluar dari rumah bersiar2 dek seminggu terperuk dalam rumah...namun disebabkan ayah mesti menyiapkan assignment yang perlu dihantar esok,so ibu tekad untuk keluar bersama Zameer...
          Memandangkan Jumaat 12/2/10 basikal bermotor yang di beli melalui internet telah tiba,dan ibu masih tidak berkesempatan untuk mencuba basikal itu,so tadi ibu tekad untuk keluar juga...Basikal bermotor ini berharga 66200yen (about RM3000)...keputusan untuk membeli basikal bermotor ini baru dibuat minggu lepas disebabkan banyak faktor : rumah yang disewa di Yokohama ini tidak mempunyai parking,dan tiada parking yang berdekatan dengan rumah,kewangan yang masih belum mengizinkan untuk membeli kereta dan membayar sewa parking, merancang untuk pregnant dan kemudahan untuk ke kelas Nihoggo setiap hari sabtu...Apa apa pun semoga Allah mempermudahkan urusan kami disini...Ameen
       Berbalik kepada cerita menaiki basikal bermotor ini,ini adalah pengalaman pertama mencubanya... walaupun telah mengetahui kewujudannya di awal ketibaan kami di Nihon ini... Maklumlah di Yokohama ini banyak sangat kawasan berbukit bukau dan memerlukan tenaga yang banyak untuk meredah bukit bukau ini...dengan adanya basikal bermotor ini,sedikit sebanyak meringankan beban untuk meredah bukit ini bersama Zameer...berbanding basikal bermotor dengan motosikal,motosikal adalah lebih baik, tidak perlu kayuh,tidak perlu cas bateri,tekan minyak sahaja ia akan terus naik bukit...namun disini motosikal tidak dibenarkan untuk membonceng budak/kanak2...
      Petang tadi,selepas solat Asar,Zameer dan ibu turun ke bawah ,ke taman berdekatan Saty...di samping membawa zameer bersiar2 ditaman,disamping ibu mencuba basikal bermotor ini...lebih kurang 45minit juga ibu melayan telatah zameer ditaman...Setelah bersiap sedia untuk pulang,bateri basikal menunjukkan hanya ada 1 bar sahaja...total 3 bar....cuak juga takut2 tak mampu untuk menaiki bukit itu...seperti yang disangkakan,setelah hampir tiba ke cerun bukit berdekatan dengan rumah,ibu tidak mampu lagi untuk mengayuh...macam nak bergolek ke belakang sahaja...terpaksalah ibu turun dan menolak zameer dengan basikal...semput dibuatnya...
        Itulah pengalaman pertama menaiki basikal bermotor,seronok tapi dalam masa yang san\ma sedikit semput...hahahaha...kalau dekat malaysia ,sure tak pakai dah basikal ni...takpe la, usah difikir apa yang akan berlaku lagi...nanti pening dibuatya....

jya...matane

No comments:

Post a Comment