Wednesday 31 March 2010

dapat hadiah

Assalamualaikum wbt...

Pagi ni Zameer bangun awal,so bawa dia bermain main di taman berhampiran dalam suasana sakura tengah mengembang.. .lebih kurang pukul 10am balik rumah,tiba tiba bunyi loceng rumah...dalam fikiran,tertanya tanya siapakah gerangan, baticrom tak order,online buying tak ada...mmm cofius sekejap...bila pintu rumah dibuka,tetiba muncul pakcik posme dengan sekotak barang...siapa punya? pakcik tu meyebut nama ku NORU ADONI...mmm,dah betul tu,tapi ni barang apa...sain je la dulu...then masih lagi tertanya tanya...beberapa kali eja nama ku pada kotak tu...betul dah!...maklumlah semuanya dalam nihonggo...macam budak sekolah rendah mengeja...huhuhu

Bila buka kotak itu,ada 1 keychai dan perhiasan berbentuk kepala kucing...dari siapa ni,dah la bukan birthday aku,bukan birthday zameer...hahaha,takkan ada admirer pulak...hehehe,perasan kejap...lama dah tak dapat hadiah surprise gitu,sesekali dapat,berbunga bunga juga hati/... bila di eja balik pada muka depan kotak itu,rupanya dari kak janah,ada terselit kad dari fajr lagi...mmm,tapi still confius jugak,kenapa bagi hadiah...adakah sebab baru2 ini aku ada bagi duit untuk fajr...huhu,entahla...yang penting happy ..walaupun sebenarnya bukan untuk diri ini,untuk zameer...hahaha

Tuesday 30 March 2010

TELATAH ZAMEER

Assalamualaikum wbt...

akhir akhir ini perkembangan zameer semakin maju in view of speech and vocabulary...banyak perkataan yang dia sudah pandai sebut...
antaranya, terima kasih,taknak,nak susu,ni apa, n macam macam lagi...favourite word dia sekarang ni ialah, TAK NAK...lebih lebih lagi kalau ajak dia , jom mandi....nanti dia akan jawab taknak...sambil geleng2 kepala...pandai betul...
kebanyakan arahan dan percakapan seharian dengannya ,kebanyakannya dia sudah faham dan mengerti...cuma dia tidak dapat expresskan wordnya sendiri lagi...
kadang kadang terhibur dengan telatahnya sambil membebel2...

semoga zameer cepat bercakap dengan betul dan bijak pandai selamanya...ameen...

express my feeling

Assalamualaikum wbt...

Ada juga sesetengah manusia yang suka memberi komen yang 'menyakitkan'. agak childish if i think of that again...informal fighting with someone yang sometimes boleh direspect due to ALIM...but sometimes due to unfiltered words showed that he/she not ALIM...
try to tune every negative statements/words/conversations become positive,so that your heart never feel so pain.

A mind at peace, a mind centered and not focused on harming others, is stronger than any physical force in the universe. Wayne Dyer

Sunday 28 March 2010

Bersyukur

Assalamualaikum wbt...

bersyukur masih dalam nikmat Iman & Islam
bersyukur dikurniakan tubuh badan yang sihat
bersyukur masih menjalani kehidupan yang aman damai
Bersyukur dikurniakan cahaya mata
bersyukur mempunyai pasangan hidup
bersyukur....bersyukur...bersyukur....
bersyukur-------->Alhamdulillah...
Segala puji bagi Allah yang tidak pernah melupakan hambanya walaupun 1 detik
segala puji bagi ALlah yang tidak pernah menzalimi hambanya
hanya manusia yang menzalimi dirinya sendiri
hanya manusia yang sering kali lalai dan alpa
mencintai dunia seolah olah dunia ini kekal
mengejar kekayaan dunia seolah olah aka dibawa kesana
hanyut dalam keseronokan dunia sehingga melupakan yang Esa...

bersyukurlah dengan segala ketentuan yang Allah tetapka
kita hanya merancang ,tp Allah jualah yang menentukannya...
semoga Allah menentukan yang terbaik buat diri ini...

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”. ( Surah Ali’ Imran: 38 )


“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Surah Ibrahim: 40)

Wednesday 24 March 2010

(sigh)

Assalamualaikum wbt...

Sejak akhir akhir ni level kemarahan ditahap genting...kekadang perkara perkara kecil pun boleh induce kemarahan...padahal kalau difikir balik,tidak perlu marah sebenarnya...tapi itulah yang terjadi akhir akhir ini,mangsa keadaan adalah anaknda ku,Zameer...tambahan pula,akhir akhir ini perangai Zameer menjadi jadi,manja lebih! Astaghfirullah...dibawah ini adalah sebahagian cara bagaimana mengawal kemarahan dan doa yang ingin dikongsi bersama dan untuk panduan diri ini,isyaAllah...

1.Bertenang
-Tarik nafas dalam dalam dan kosongkan fikiran.Ini mungkin dapat membantu menenangkan diri anda.Ambik nafas dalam-dalam jangan bernafas dari dada kerana ia tidak akan menenangkan anda,bayangkan nafas anda seolah-olah keluar dari perut.Secara perlahan-lahan ulangi perkataan 'bertenang' dan 'jangan susah hati',ulanginya berkali;kali sehingga anda rasa tenang.Gunakan daya imiginasi anda gambarkan suasana tenang dan menyenangkan sambil menutup mata.Sambil itu tarik nafas dalam-dalam.

2.Susun semula pemikiran
-Selalunya bagi seseorang yang tengah marah selalunya mengeluarkan kata-kata yang tidak elok dan cacian .bagi mengelakkan ini berlaku kita perlu guna teknik mengubah cara pemikiran.Jadi setiap kali marah ,tukarkan perkara-perkara berikut kepada yang lebih rasional seperti katakan pada diri anda "ia sungguh mengecewakan" , "ia memang teruk", atau "saya faham sekarang saya tengah sedih tapi bukan bermakna selamanya saya akan gagal".Kata- kata itu akan menguatkan semangat anda dan menghilangkan rasa marah anda .

3.Selesaikan masalah
-Kadangkala kemarahan itu timbul apabila ada beberapa masalah yang tidak dapat diselesaikan. Oleh itu selesaikan masalah anda dengan merangkakan perancangan anda,jangan lupa semak perkembangannya, selesaikan masalah dengan cara yang paling berhemah dan jangan salahkan diri jika tidak dapat ia tidak dapat memenuhi perancangan anda.

4.Komunikasi yang baik
-Selalunya orang yang tengah marah akan cepat membuat kesimpulan terhadap sesuatu secara tidak tepat.Jika menghadapi perbincangan hangat yang mencetuskan kemarahan anda patut bertenang dan jangan buat keputusan ketika marah dan berfikirlah dahulu sebelum melakukan apa-apa.Jadilah pendengar yang baik pada perkara-perkara yang menyebabkan kemarahan.

5.Bertukar angin
-Kadangkala suasana sekeliling akan menyebabkan kita rasa tertekan.Masalah dan tanggungjawab yang banyak akan membebankan dan ini membuatkan kita cepat marah.Oleh itu anda mestilah luangkan masa untuk diri sendiri pergilah melancong untuk memperbaharui mood.

6.Marahlah secara sihat
Kemarahan adalah emosi normal manusia dan emosi ini juga penting untuk kita mempertahankan diri,marahlah dengan cara yang wajar dan terkawal tanpa diikuti dengan kekerasan tapi jangan memendamkan masalah itu luahkanlah agar tidak memberi kesan pada diri sendiri


Wednesday 10 March 2010

Cara Pemakanan Rasulullah saw...

Assalamualaikum wbt...

Hari ini banyak entry di blog ni...Cuba untuk menghidupkan blog sendiri untuk tatapan dimasa hadapan.
Mungkin sudah banyak kali kita dengar tentang cara pemakanan Rasulullah yang betul,dimana di ceritakan bahawa Rasulullah saw tidak pernah sakit perut ataupun keracunan makanan sepanjang hayatnya...Semoga kita sama2 dapat mengamalkannya dan menyebarkan walaupun sepotong ayat...

Jangan makan SUSU + DAGING  (biasa makanan yang kita buat ialah makaroni/pasta bakar )

Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan SUSU + IKAN
Jangan makan SUSU + AYAM
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan IKAN + DAGING
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.


# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.


Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)


Tuesday 9 March 2010

hCG @ Human chorionic gonadotropin in pregnancy

Assalamualaikum wbt...

Bagi sesiapa yang menunggu untuk menimang cahaya mata,mungkin perkara pertama yang dinanti-nantikan ialah apabila UPT(urine pregnancy test) dibuat, 2 line pada kit tersebut muncul...kit tersebut sebenarnya mengenalpasti level hCG yang ingin dikongsikan dibawah ini...

Human chorionic gonadotrophin (hCG) is a glycoprotein hormone.
produced in pregnancy that is made by the developing embryo soon after conception and later by the syncytiotrophoblast (part of the placenta). about one week after fertilization and ovulation, when the embryo implants and the placenta attaches to the uterine lining.


•hCG under 5 mIU/ml: Negative. Not pregnant

•hCG between 5-25 mIU/ml: "Equivocal". Maybe pregnant maybe not. Repeat test in a couple of days

•hCG over 25 mIU/ml: You are pregnant!
 
What are the hCG's role?
 to prevent the disintegration of the corpus luteum of the ovary and thereby maintain progesterone production that is critical for a pregnancy in humans. hCG may have additional functions; for instance, it is thought that hCG affects the immune tolerance of the pregnancy.

How early can we do UPT @ home?
Early in pregnancy, more accurate results may be obtained by using the first urine of the morning when hCG levels are highest. We can begin testing for pregnancy at 7-10 days past ovulation.


Water Roux

Assalamualaikum wbt...

Water roux ni adlh resepi utk kekalkan kelembutan roti walaupun dah sejuk...Actually resepi ni dpt dari blog kak Aisha,sangat berminat dan gembira jumpa resepi ni since selalu je kalau buat roti,best makan time panas2 je,then bila dah sejuk,sure keras,sampai boleh baling kat dinding...hehehe...minta izin copy and paste ye kak aisha...

Ingredients

50g flour
250g water

1. Whisk the flour and water that you have decided to use in a bowl until it is whisked well and is free of lumps.

2. Put it on the stove and warm it up for 2-3 minutes at 65C. Be careful not to burn it!

3. Cover it with plastic wrap and store it in the fridge.

When using it, make sure it is at room temperature. The Water Roux Starter lasts for 3 days before it goes off.

makan sushi part II


Assalamualaikum wbt...

Hari Ahad lepas,kami ke Hirama untuk makan sushi @ Kappa Zushi...harganya 100ye sepinggan...rasanya sedap sebab banyak yang masak dan dapat diterima oleh oesephagus ku ini...kalau yang mentah tu still tak boleh diterima la...last episode,dah pergi try makan yang mentah...memang tak boleh nak kunyah,main telan saja...

ini 1st episode of makan sushi @ Kaiten sushi di yokohama,Cial building,6th floor


 2nd episode of makan sushi @ Kappa sushi,Hirama....murah dan sedap (100yen sepinggan)


favourite....ebi/udang tempura sushi


sushi tengah berpusing pusing...

Kappa Zushi, highly recommended for those who want to try sushi,because banyak pilihan yang masak...