Sunday 31 January 2010

Jujur...

Assalamualaikum wbt...

Semalam selepas menghadiri kelas nihonggo,aku dan keluarga memenuhi jemputan dari Nik di Totsuka...Kami berada disana tidak lama,dek kerana masih mempunyai urusan lain yang mesti di siapkan...Sebelum kami balik ke rumah,kami singgah di sebuah kedai runcit (My Basketto) untuk membeli barang2 dapur...
Antara yang di beli oleh kami ialah strawberi...Sewaktu jurujual tersebut hendak memasukkan strawberi ke dalam plastik,entah macam mana dia seperti tertekan strawberi itu dan dikhuatiri strawberi itu terpenyek....Aku sebenarnya tidak perasan pun bahawasanya dia tertekan strawberi itu...namun dia terus menjelaskan supaya aku memilih strawberi yang lain...
Di luar kedai itu,aku mengagumi sikap jurujual itu yang jujur..seandainya di Malaysia,semestinya sikap begini tidak di amalkan...
kenapa mereka,yang non muslim dapat bersikap sedemikian...kenapa kita muslim yang sememangnya telah di ajar oleh Rasulullah saw...tidak dapat bersikap JUJUR?..bukan ini sahaja yang membuktikan bahawa orang jepun ini jujur,ada macam2 kisah lagi yang membuktikan bahawasanya mereka jujur..

Diriwayatkan daripada Hakim bin Hizam r.a katanya: Daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Penjual dan pembeli diberi kesempatan berfikir selagi mereka belum berpisah. Sekiranya mereka jujur serta membuat penjelasan mengenai barang yang dijual belikan, mereka akan mendapat berkat dalam jual beli mereka. Sekiranya mereka menipu dan merahsiakan mengenai apa-apa yang harus diterangkan tentang barang yang dijual belikan akan terhapus keberkatannya .

Semoga kita sentiasa bersikap jujur dan amanah dalam hidup kita yang mengimpikan Syurga yang abadi..
Ameen

No comments:

Post a Comment