Wednesday 27 January 2010

Ahmad Saifuzzameer Bin Saifulza



Pengembaraan diri mu di dunia fana ini bermula tanggal tarikh 14/7/2008 @ 4.20pm di HUSM Kubang Kerian setelah 38minggu menumpang di uterus ibu... Alhamdulillah selama mengendong mu dalam uterus ibu,tidak banyak masalah yang dialami,
bermula dari awal sedari jantung mu sudah mula berdegup sehinggalah diri mu sudah mula menendang2 uterus ibu bermain keriangan...
semua itu adalah suatu kegembiraan bagi ibu...
walaupun ibu tidak mempunyai begitu banyak masa menghargai detik2 manis itu,
walaupu ibu terpaksa berpenat lelah kesana kemari berkejar kejar demi tugas, namun ibu tidak pernah lupa akan kehadiran diri mu...
Hinggalah tiba saat ibu harus berjuang bermati-matian demi merealisasikan impian dirimu yang ingin melihat dunia ini...
Dunia yang penuh dengan pancaroba,dunia yang penuh dengan onak duri bagi mereka yang ingin berjalan terus menuju Syurga...
Ibu sentiasa memasang angan angan agar dirimu dapat menjadi anak yang soleh,muslim yang sejati yang tegar dengan ujian2 hidup yang terus terusan menguji.
Pejam celik pejam celik,kini Zameer sudah berumur 1 tahun 6 bulan...pelbagai ragam dan perangai saban hari mencuit dan menceriakan ibu.Semua itu suatu kegembiraan dan hadiah dari Allah yang tidak ternilai harganya. Walaupun kekadang ibu meninggikan suara,menengking diri mu ,namun ingatlah bahawa itu semua tidak lain hanya ingin mendidikmu ,mengajar dirimu apa yang betul dan apa yang salah...
Harapan ibu hanya satu, Zameer menjadi anak yang soleh, yang dapat mendoakan ibu dan ayah apabila kami sudah tiada di dunia fana ini... Ameen

Perjalanan kita masih jauh,masih berliku liku...namun InsyaAllah ibu akan terus bersemangat dan sentiasa berada disisi mu...
Terima kasih Ya Allah atas kurniaan Mu yang tidak ternilai ini





(saat diri mu baru sehari melihat dunia)

No comments:

Post a Comment